Rabu, 9 September 2009

KATA DOKTOR vs KATA BOMOH

KATA DOKTOR
vs
KATA BOMOH

Seperti yang kita tau doktor dan tok bomoh kerjanya adalah mengubat orang. Ada orang suka jumpa doktor namun ada jugak yang suka tok bomoh. Itu tak penting, yang penting ialah korang sembuh daripada penyakit. Okey, jom kita tengok apa kata doktor dan apa pulak kata tok bomoh bila sesuatu berlaku ke atas korang.

KALAU KORANG MERACAU-RACAU
DOKTOR KATA- "Encik ni kene sawan"
TAPI TOK BOMOH KATA- "Huh, kau ni dah terkena rasuk dek jembalang.

KALAU KORANG PERUT KEMBUNG
DOKTOR KATA-"Aaa.. ni kembung dah masuk angin, bleh gastrik ni."
TAPI TOK BOMOH KATA-"Ko nie bahaya dah nih... ko keno busung".

KALAU KORANG SAKIT SENDI
DOKTOR KATA-"Setelah saya cel kaki awak nie, ternyata awak kena gout"
TAPI TOK BOMOH KATA-"Ko ni dah terpijak tempat makhluk halus ni"

KALAU BADAN KORANG LEBAM-LEBAM
DOKTOR KATA-"Awak ni kena banyak makan hati ayam atau lembu pasal badan awak kekurangan darah"
TAPI TOK BOMOH KATA-"Arrghh.. eee... arghh.. keno gigit dek hantu gigi nie.

KALAU KORANG MUNTAH-MUNTAH
DOKTOR KATA-"Encik keracunan makanan nih"
TAPI TOK BOMOH KATA-"Ko dah keno santau dek orang nie"

Tiada ulasan: